Berita YBUDR
Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
SHOPPING ANAK ANGKAT MENTERI BESAR PERAK PDF Print E-mail

MAJLS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA ANAK ANGKAT Y.A.B MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN.

 

Majlis ringkas tapi meriah ini merupakan acara tahunan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).  Setiap tahun 114 orang Anak Angkat YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan akan berpeluang untuk memilih pakaian dan kelengkapan raya mereka.  Kesempatan ini juga membolehkan mereka bertemu dan bertanya khabar secara bersemuka yang diadakan di Pasaraya Besar Mydin di Meru Raya.

Tahun ini rezeki anak angkat ini murah kerana setiap seorang diberi peruntukan sebanyak RM220 seorang untuk memilih pakaian, kasut dan keperluan lain.  Di samping itu juga mereka menerima duit raya dan sekotak makanan untuk berbuka puasa.

Tidak lengkap majlis ini jika tidak dihadiri oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Zambry B. Abd. Kadir dan isteri YABhg Datin Seri Saripah bt Zulkifli.  Turut hadir ialah Pengerusi YBUDR Dato’ Saarani B. Mohamad, Ketua Eksekutif YBUDR Dato’ Ismail b. Saffian serta jemputan VVIP yang lain.

 

 
USAHA KERAJAAN PERAK MEMBASMI KEMISKINAN MENERUSI YBUDR PDF Print E-mail

Usaha kerajaan Perak dalam membasmi kemiskinan dan mengupayakan rakyat agar menjadi masyarakat yang lebih berjaya menerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, baru-baru ini.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ia merupakan satu pengiktirafan yang telah diberikan kepada kerajaan negeri dalam menangani masalah kemiskinan di Perak dengan menggunakan model yang diperkenalkan oleh YBUDR.

Beliau berkata, pengiktirafan tersebut menuntut YBUDR untuk bekerja lebih keras dalam memastikan ia dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

“Saya telah meminta kepada pihak yayasan untuk membuat penilaian semula terhadap perkara-perkara yang boleh ditambahbaik termasuklah di peringkat pelaksanaan.

PERAK TODAY

“Berkemungkinan juga YBUDR dapat mencetuskan idea-idea baru untuk membasmi kemiskinan dan mengupayakan masyarakat di Perak,” tambahnya pada sidang media di Konti Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak dekat Ipoh, pagi tadi.

Selain itu, beliau berkata, anugerah yang diterima itu juga dapat menjadi satu tanda aras bagi kerajaan negeri dalam memacu sektor ekonomi negeri ke arah yang lebih membanggakan.

“Ia akan memberikan rangsangan serta semangat bagi kita dan saya yakin ia juga menjadi penanda aras yang baru kepada YBUDR dalam meningkatkan lagi pencapaian mereka di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa,” katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya bersedia untuk memberikan bantuan kepada pihak lain yang berminat untuk mencontohi model yang telah digunapakai oleh YBUDR.

“Ia dianggap sebagai model yang boleh digunapakai di tempat yang lain dan kita juga bersedia untuk memberikan khidmat nasihat dan juga bimbangan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mempelajari kaedah-kaedah yang kita gunakan,” tambahnya.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR, Datuk Ismail Saffian pula berkata, pihaknya akan mempertingkatkan lagi usaha untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri.

“Rakyat Perak seharusnya berbangga dengan pencapaian ini kerana kita menerima satu pengiktirafan bertaraf dunia terhadap hasrat dan kerja kuat yang telah dilaksanakan selama ini untuk membasmi kemiskinan.

“Namun, kita jangan rasa leka dan cepat berpuas hati sebaliknya sentiasa berusaha untuk memastikan mencari idea-idea baru bagaimana untuk menyelesaikan masalah berkaitan membasmi kemiskinan di negeri ini,” ujarnya.

 
BANTUAN PERUMAHAN UNTUK MASYARAKAT INDIA PDF Print E-mail

Pembinaan Rumah IBU untuk keluarga I.Devintharam oleh YBUDR

Permohonan membuat rumah untuk golongan sasaran didesa Changkat Bt. Gajah. Permohonan dibuat pada tahun 2013 dan telah siap pada Ogos 2014. Penerima bantuan Rumah IBU iaitu I.Devintharam telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak dengan pendapatan bulanan kurang dari RM 1000 dengan bekerja sebagai pemandu lori dan isteri beliau adalah seorang suri rumahtangga. Permohonan Rumah IBU telah diberi dan disampaikan oleh Pengurus Unit Latihan Dan Kolaborasi En. Mokan Supramaniam. Pembinaan Rumah IBU telah menelan kos sebanyak RM 35 Ribu yang merangkumi 3 bilik untuk keselesaan keluarga tersebut. Sebelum ini, keluarga tersebut mendiami rumah yang sangat daif dan dimakan oleh anai-anai.

 

Sumber - Tamil Malaysian Nanban

 
YBUDR PEKA DALAM USAHA MEMBANTU GOLONGAN MUDA PDF Print E-mail

 

TANJUNG TUALANG – Demi membantu dan menyelesaikan bebanan rakyat yang ditimpa kesusahan, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) sejak awal penubuhannya telah pun diberi mandat untuk menyalurkan pelbagai bantuan sama ada daripada segi pinjaman tanpa faedah, kiosk perniagaan dan bantuan rumah.

Bagi mendapatkan gambaran jelas tugasan para pegawai di YBUDR, wakil Peraktoday.com.my diberi peluang untuk mengikuti seorang pegawainya, Kenny Lim yang bertugas di bahagian Pembiayaan Mikro Kredit dan Perumahan.

Lawatan diadakan untuk meninjau keadaan sebuah rumah di Kampung Changkat Tin, dekat Tanjung Tualang.

Katanya, antara skop tugasannya semasa membuat lawatan tapak ialah melihat status permohonan, mengambil gambar dan maklumat pemohon skim bantuan memperbaiki rumah.

“Selama bertugas di bahagian ini, pelbagai permohonan telah terima dan pihak kami berusaha untuk menyelesaikan setiap permohonan,” katanya kepada PerakToday.com.my.

Katanya lagi, sejak Datuk Ismail Safian mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR, pelbagai tugasan telah dirombak semula.

“Usaha ini nampaknya lebih berkesan untuk membantu rakyat miskin di negeri Perak,” katanya.

Ini katanya, memberi semangat kepadanya untuk terus bekerja dengan gigih bagi membantu rakyat seperti mana tujuan dan matlamat asal penubuhan YBUDR.

 

SUMBER - PERAK TODAY

 
KERAJAAN PERAK MAHU YBUDR BUAT PENILAIAN, PERBAIKI KELEMAHAN YANG ADA PDF Print E-mail

Kerajaan Perak Mahu YBU Buat Penilaian, Perbaiki Kelemahan Yang Ada:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

04/11/2014 -Kerajaan Perak meminta agar Pengerusi YBU, Dato' Saarani Mohammad serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Ismail Safian untuk melihat aspek-aspek yang boleh diperbaiki agensi itu dalam usaha membasmi kemiskinan dan mengupayakan rakyat

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau mahu agar pihak YBU membuat penilaian semula kepada perkara-perkara yang difikirkan untuk diperbaiki.

Jelas beliau, dengan adanya pengiktirafan yang diberikan di peringkat antarabangsa maka tentunya menuntut YBU untuk menganjak ke satu tahap yang lebih tinggi bagi memastikan keberkesanan YBU ini mencapai matlamatnya.

"Sebab itulah saya telah mengarahkan kepada Dato' Saarani Mohamad selaku Pengerusi YBU dan juga CEO YBU, Dato' Ismail Safian untuk melihat aspek-aspek yang boleh diperbaiki sama ada di peringkat perlaksanaan.

"Atau mungkin YBU dapat mencetuskan mekanisma baru dalam usaha kita untuk membasmi kemiskinan dan juga mengupayakan masyarakat di Perak.

"Dengan adanya pengiktirafan yang diberikan baru-baru ini, ia akan memberikan rangsangan dan saya yakin ianya juga akan menjadi satu penanda aras yang baru kepada YBU dalam meningkatkan lagi pencapaian mereka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,"katanya pada sidang media di Ipoh.

Zambry menambah, modul yang digunakan YBU itu dianggap sebagai modul yang boleh dilaksanakan di tempat-tempat lain.

Malah, jelas beliau, kerajaan negeri juga telah bersedia untuk memberikan khidmat nasihat dan bimbingan bagi mana-mana pihak yang datang untuk belajar kaedah-kaedah ini.

"Meskipun kita tidak menyatakan bahawa kaedah kita adalah yang terbaik, tetapi idea ini merupakan satu modul yang mungkin mereka laksana.

"Sebelum ini Nigeria datang untuk belajar bagaimana aspek-aspek perlaksanaan yang dibuat oleh YBU,"katanya lagi.

SUMBER - PERAK BN
04/11/2014 -- Kerajaan Perak Mahu YBU Buat Penilaian, Perbaiki Kelemahan Yang Ada:- DSD Dr Zambry Abd Kadir
Kerajaan Perak meminta agar Pengerusi YBU, Dato' Saarani Mohammad serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Ismail Safian untuk melihat aspek-aspek yang boleh diperbaiki agensi itu dalam usaha membasmi kemiskinan dan mengupayakan rakyat
Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau mahu agar pihak YBU membuat penilaian semula kepada perkara-perkara yang difikirkan untuk diperbaiki.
Jelas beliau, dengan adanya pengiktirafan yang diberikan di peringkat antarabangsa maka tentunya menuntut YBU untuk menganjak ke satu tahap yang lebih tinggi bagi memastikan keberkesanan YBU ini mencapai matlamatnya.
"Sebab itulah saya telah mengarahkan kepada Datuk Saarani Mohamad selaku Pengerusi YBU dan juga CEO YBU, Datuk Ismail Safian untuk melihat aspek-aspek yang boleh diperbaiki sama ada di peringkat perlaksanaan.
"Atau mungkin YBU dapat mencetuskan mekanisma baru dalam usaha kita untuk membasmi kemiskinan dan juga mengupayakan masyarakat di Perak.
"Dengan adanya pengiktirafan yang diberikan baru-baru ini, ia akan memberikan rangsangan dan saya yakin ianya juga akan menjadi satu penanda aras yang baru kepada YBU dalam meningkatkan lagi pencapaian mereka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,"katanya pada sidang media di Ipoh.
Zambry menambah, modul yang digunakan YBU itu dianggap sebagai modul yang boleh dilaksanakan di tempat-tempat lain.
Malah, jelas beliau, kerajaan negeri juga telah bersedia untuk memberikan khidmat nasihat dan bimbingan bagi mana-mana pihak yang datang untuk belajar kaedah-kaedah ini.
"Meskipun kita tidak menyatakan bahawa kaedah kita adalah yang terbaik, tetapi idea ini merupakan satu modul yang mungkin mereka laksana.
"Sebelum ini Nigeria datang untuk belajar bagaimana aspek-aspek perlaksanaan yang dibuat oleh YBU,"katanya lagi.
 


Page 2 of 61

Dalam Talian

We have 19 guests online

Kemaskini Terakhir

Dikemaskini Pada : 21 November 2014

Statistik Pelawat

Hari Ini:174
Semalam:189
Bulan Ini:5836
Keseluruhan:1456570
Sejak Tahun:2010-10-18