Berita YBUDR
Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
4 NGO HULUR SUMBANGAN PDF Print E-mail

Nasib malang yang menimpa rakyat Palestin mendapat perhatian empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurkan sumbangkan RM20,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad.

Sumbangan dihulur warga kerja Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), Yayasan Bina Upaya Holding, Yayasan Nur Ikhlas dan Great Colour Group. Masing-masing menyumbang RM5,000. Sumbangan diserahkan oleh wakil masing-masing kepada wakil Media Prima Berhad merangkap Ketua Biro Harian Metro Perak Wan Asrudi Wan Hasan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Fuad Nayan pada majlis sambutan Aidilfitri di Taman Golf, Ipoh, di sini, semalam.


Hadir sama Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun, Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR Datuk Ismail Safian dan Ketua Pemuda BN Perak Hairul Anwar Mohamed.

sumber - HMetro

 
PEMBINAAN RUMAH BARU UNTUK KELUARGA I.DEVINTHARAM OLEH YBUDR PDF Print E-mail

PEMBINAAN RUMAH BARU UNTUK KELUARGA I.DEVINTHARAM OLEH YBUDR


Permohonan membuat rumah untuk golongan sasaran diDesa Changkat batu Gajah. Permohonan dibuat pada tahun 2013 dan diselesaikan pada tahun 2014.Dimana Pengurus Unit Latihan Dan Kobolarasi YBUDR En. Mokan Supramaniam telah meninjau keluarga yang serba daif itu untuk tindakan selanjutnya.

Penerima bantuan Rumah IBU I.Devintharam telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak yang berpendapatan bulanan sebanyak Rm1000 sebagai pemandu, manakala Isteri nya adalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Kehidupan mereka dikatakan serba kekurangan dan rumah yang didiaminya sebelum ini serba daif dan mengalami kerosakkan akibar dimakan anai - anai.

Rumah IBU yang diluluskan oleh pihak YBUDR yang bernilai RM 35 RIbu dan mempunyai 3 bilik untuk keselesaan keluarga tersebut

 

Sumber - Tamil Malaysia Nanban

 
KESHVINDER PILIH RAMADAN PLATFORM ERAT PERPADUAN PDF Print E-mail

ADUN Bebas, Keshvinder Singh mengambil langkah proaktif dengan menjadikan Ramadan sebagai platform untuk memantapkan perpaduan dan perhubungan silatulrahim di kalangan rakyat di sekitar kawasan Malim Nawar.

Beliau merealisasikan matlamat itu apabila meraikan lebih 500 tetamu termasuk ibu tunggal dan rakan siber terdiri dari golongan muda pada majlis berbuka puasa di Hotel Grand Kampar baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Keshvinder berkata, Ramadan merupakan bulan yang paling sesuai untuk mengeratkan lagi silatulrahim dan semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Menerusi majlis ini, orang bukan Islam dapat turut serta merasai suasana berbuka puasa bersama rakan Islam mereka. Ini menetapi sekali dengan slogan 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita,'' katanya.

Beliau bercadang untuk mengadakan majlis serupa di beberapa tempat lain di Malim Nawar, seperti taman perumahan dan kampung tradisional.
Kesvinder berterima kasih kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kerana banyak membantunya dalam menjayakan program komuniti rakyat di DUN Malim Nawar dan Parlimen Kampar.

"Walaupun saya wakil rakyat bebas, namum kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan kawasan saya, sebaliknya bantuan yang diperolehi sama seperti yang diterima oleh wakil rakyat kerajaan,'' ujarnya.

Beliau yakin, sekiranya usaha begini diteruskan, sokongan rakyat, termasuk dari kalangan msyarakat Cina kepada kerajaan, akan terus meningkatkan, khususnya di DUN Malim Nawar.

Kesvinder yang juga Duta Yayasan Bina Upaya (YBU) memberitahu, pihaknya memberi tumpuan kepada perkhidmatan kesihatan mata percuma uuntuk penduduk kampung yang tidak berkemampuan.

"Setakat ini kami telah mengenalpasti 600 penduduk terdiri daripada pelbagai peringkat umur yang menghadapi masalah kerabunan mata yang akan dibantu bagi mendapatkan khidmat kesihatan mata percuma di hospital,'' katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada skuad sukarelawan YBU kerana banyak membantu membaik pulih rumah keluarga miskin di DUN Malim Nawar.
Beliau menambah, pihaknya telah memohon peruntukan sebanyak RM150 ribu daripada Pejabat Menteri Besar untuk membaikpulih 70 buah rumah keluarga miskin yang telah dikenalpasti di DUN Malim Nawar.

 

SUMBER : PERAKNEWS

 
MB KESAL NELAYAN JUAL BANTUAN PDF Print E-mail

  • Zamby bersama nelayan yang menerima sumbangan enjin, bot dan pukat daripada YBU.Zamby bersama nelayan yang menerima sumbangan enjin, bot dan pukat daripada YBU.

 1 / 1 

SEGARI – Tindakan sesetengah nelayan yang menjual bantuan diberikan oleh kerajaan negeri mengecewakan menteri besar.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, beliau mengetahui ada sebilangan nelayan yang bertindak demikian untuk mendapat keuntungan yang mudah.

Menurutnya, ada nelayan yang sanggup menjual enjin, bot dan pukat yang diterima semata-mata mahu mendapat keuntungan yang mudah kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkannya.

“Tindakan berkenaan sangat mengecewakan saya kerana kita memberi bantuan tersebut bagi membantu mereka menyara kehidupan seterusnya keluar dari masalah kemiskinan,” katanya pada majlis penyampaian sampan dan enjin sangkut sumbangan Yayasan Bina Upaya (YBU), di sini.

Zambry berkata, sejak menjadi wakil rakyat Pangkor pada 2004, beliau sentiasa memperjuangkan kebajikan golongan nelayan dan kini setelah menjadi menteri besar agenda berkenaan diperhebatkan.

Beliau turut merayu kepada golongan nelayan supaya menghargai setiap bantuan kerajaan berikan dengan menjadi seseorang yang bersyukur.

"Jangan ambil mudah bantuan ini, kerana bukan senang kerajaan mahu cari peruntukkan untuk beli peralatan seperti enjin dan bot buat mereka.

"Nama penerima bantuan telah direkodkan dan mereka yang didapati menjual bantuan diberikan akan disenarai hitamkan," katanya.

Dalam majlis berkenaan, seramai 34 nelayan menerima sumbangan enjin, bot dan pukat dengan peruntukkan sebanyak RM382,000.

SUMBER - SINAR HARIAN

  • Zamby bersama nelayan yang menerima sumbangan enjin, bot dan pukat daripada YBU.

 1 / 1 

 
SHOPPING ANAK ANGKAT MENTERI BESAR PERAK PDF Print E-mail

MAJLS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA ANAK ANGKAT Y.A.B MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN.

 

Majlis ringkas tapi meriah ini merupakan acara tahunan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).  Setiap tahun 114 orang Anak Angkat YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan akan berpeluang untuk memilih pakaian dan kelengkapan raya mereka.  Kesempatan ini juga membolehkan mereka bertemu dan bertanya khabar secara bersemuka yang diadakan di Pasaraya Besar Mydin di Meru Raya.

Tahun ini rezeki anak angkat ini murah kerana setiap seorang diberi peruntukan sebanyak RM220 seorang untuk memilih pakaian, kasut dan keperluan lain.  Di samping itu juga mereka menerima duit raya dan sekotak makanan untuk berbuka puasa.

Tidak lengkap majlis ini jika tidak dihadiri oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Zambry B. Abd. Kadir dan isteri YABhg Datin Seri Saripah bt Zulkifli.  Turut hadir ialah Pengerusi YBUDR Dato’ Saarani B. Mohamad, Ketua Eksekutif YBUDR Dato’ Ismail b. Saffian serta jemputan VVIP yang lain.

 

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 59

Dalam Talian

We have 8 guests online

Kemaskini Terakhir

Dikemaskini Pada : 22 September 2014

Statistik Pelawat

Hari Ini:103
Semalam:272
Bulan Ini:5009
Keseluruhan:1441461
Sejak Tahun:2010-10-18