Berita YBUDR
Program Pengupayaan Masyarakat Orang Asli Negeri Perak PDF Print E-mail

Seminar Masyarakat Orang Asli

PENGENALAN

Gagasan Perak Amanjaya yang diilhamkan oleh Y.A.B. Menteri Besar, menyimpan harapan untuk melihat seluruh masyarakat Negeri Perak Darul Ridzuan, merentasi batasan agama & latar belakang, menikmati agihan ekonomi yang seimbang serta menambah baik taraf kehidupan mereka.
Sehubungan dengan hasrat murni ini, masyarakat Orang Asli tidak terkecuali di nilai sebagai satu kelompok masyarakat yang perlu diberi perhatian. YBUDR mengambil inisiatif, bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, merangka program dan perancangan yang strategik melalui program pengupayaan masyarakat ini. Dibawah perancangan asas YBUDR, Masyarakat Orang Asli diletakkan sebagai salah satu daripada 7 (tujuh) kategori Kumpulan Sasaran.

LATARBELAKANG

Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai penduduk dari kalangan masyarakat Orang Asli sejumlah 54,100 orang (Laporan JHEOA, 2009). Penempatan Orang Asli bertaburan di seluruh daerah di negeri ini:
a)    Daerah Batang Padang        - 20,325 orang
b)    Daerah Kinta            - 11,024 orang
c)    Daerah Hulu Perak        - 9,784 orang
d)    Daerah Kuala Kangsar        - 9,273 orang
Bakinya daripada Daerah Perak Tengah dan Hilir Perak
Suku kaum yang teramai adalah dari kalangan suku  kaum Semai dan Temiar. Menurut bancian Unit Bakas, Jabatan Kesihatan Negeri Perak Darul Ridzuan (Tahun 2005), jumlah kanak-kanak Orang Asli mewakili 22% daripada keseluruhan penduduk.
Disebabkan faktor sosio-ekonomi mereka yang masih terkebawah, sudah tentulah berbagai masalah dari segi kesihatan, pendidikan, sosial dan ekonomi membelenggu masyarakat ini. Maka YBUDR memberi perhatian yang serius membantu meningkatkan keupayaan masyarakat Orang Asli yang daif ini.

KESIMPULAN

Dengan usaha yang bersungguh-sungguh serta jalinan kerjasama erat antara agensi yang terlibat, adalah diharapkan Masyarakat Orang Asli akan beransur keluar dari cengkaman kesusahan dan kedaifan. Mereka merupakan penduduk pribumi negara ini yang tidak boleh dinafikan hak kesamaan untuk mengecapi intipati pembangunan negeri dan negara keseluruhannya. YBUDR, dalam usaha murni ini, akan terus memainkan peranan tanpa mengira halangan, demi masa depan masyarakat pribumi ini.

Galeri Program Masyarakat Orang Asli

Program Kecemerlangan Pendidikan Murid Orang Asli (21,22,23-06-2011)

Motivasi Pelajar Masyarakat Orang Asli Negeri Perak (6,7,8,9-06-2011)

Bantuan Makanan Masyarakat Orang Asli, Simpang Pulai (23/5/2011)

Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Di Kg. Pelawan (21/5/2011)

 

Dalam Talian

We have 26 guests online

Kemaskini Terakhir

Dikemaskini Pada : 29 October 2014

Statistik Pelawat

Hari Ini:46
Semalam:258
Bulan Ini:7290
Keseluruhan:1450554
Sejak Tahun:2010-10-18